
Sulit
4 tahun
Saluran darah tekak mengembang
Sy 20,lelaki.Semasa saya buka mulut, saya perhatikan saluran darah tekak kanan bengkak sedikit selama sudah 1 atau 2 minggu. Mengapakah ia mengembang. Adakah ia normal? X da deman tapi kadang kala terasa ada benda.

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda saluran darah di sekitar kawasan tekak terletak dalam dan tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Secara amnya, sakit tekak atau masalah ketidakselesaan pada tekak boleh disebabkan oleh:
- Allergic rhinitis
- Tonsilitis
- Pharyngitis
- Jangkitan bakteria atau virus yang lain
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.