
Sulit
5 tahun
Samada gastrik atau tak
Saya berumur 20 tahun… Setiap pagi perut saya mesti akan kembung… Jadi saya takkan amik sarapan pagi…tapi bila saya amik sarapan pagi, perut saya akan pedih… Lagi ii kalau saya minum air bersusu waktu perut lapar… Mesti akan pedih… Kesimpulannya,sama ada saya makan atau tak waktu lapar… Perut akan pedih… Tapi perut tetap kembung

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit dan kembung perut yang anda alami boleh disebabkan:
- Masalah asid refluks (gastrik)
- Penyakit ulser perut - akibat kesan asid perut berlebihan atau jangkitan bakteria
- Radang pankreas atau hempedu
- Masalah ketidakhadaman - pada produk tenusu (laktosa intoleran) atau gluten (Penyakit Coeliac)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.