
Sulit
3 tahun
Sapu minyak di perut
Saya pregnant 1bulan boleh atau tidak saya sapu minyak yuyi di perut. Adakah baby okay atau tidak ya, sebab saya kerap rasa tak selesa dan tidak boleh tidur perutnya sakit

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, minyak tersebut hanya digunakan pada permukaan dan ia selamat untuk digunakan dan boleh melegakan ketidakselesaan atau sakit otot yang dialami. Tetapi anda digalakkan untuk berhati-hati semasa memilih dan saya sarankan anda merujuk kepada doktor terlebih dahulu.
Namun sekiranya anda mula mengalami apa-apa simptom atau gejala, saya sarankan anda untuk pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor