Sulit
3 tahun
Saraf lemah dan optic
Saya nak bertanya,doctor ibu saya mengatakan optic nya mengecut,apakah yang dimaksudkan dengan optic mengecut dan doctor kata saraf ibu saya lemah.boleh terangkan kedua dua tersebut?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang ibu anda hadapi. Bagaimanapun, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, saraf optik (optic nerve) terdiri daripada kumpulan serat saraf yang menghubungkan mata ke otak. Ini adalah sebahagian daripada jalur visual (visual pathway). Saraf ini penting untuk membawa impuls dari retina ke bahagian otak yang dinamakan korteks visual. Sekiranya berlaku kelemahan pada saraf optik seperti mengecut atau sebagainya, ia akan menyebabkan beberapa penyakit mata dan boleh menjejaskan penglihatan.
Namun, jawapan ini hanyalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk info yang lebih mendalam, sila klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.