
Sulit
4 tahun
Saranan doktor untuk pesakit scoliosis untuk meluruskan tulang belakang
Saya menghidap scoliosis sejak berumur 11 tahun dan menadapatkan rawatan di HKL sehingga 13 tahun.Sekarang saya berumur 17 tahun, dan saya tidak mendapatkan rawatan lanjur untuk meluruskan tulang belakang. Semasa saya menerima rawatan,kedua dua belah bahu dan pinggang saya adalah sama tiada masalah sebelah lain. Sehingga kini juga baju dan pinggang saya masih sama,saya tiada mengambil sebarang ubat uabtan atau alat untuk meluruskan tulang belakang saya.Apakah saranan doktor untuk saya meluruskan balik tulang belakang saya?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak anda. Walaubagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak anda.
Secara umumnya skoliosis merupakan kondisi dimana tulang belakang seseorang itu bengkok secara semula jadi atau struktur anatomi tulang belakang tumbuh dan berkembang secara tidak sempurna.
Rawatan khusus untuk kondisi seperti itu perlu didapatkan dari klinik atau hospital yang mempunyai perkhidmatan doktor pakar tulang. Kerana ia memerlukan diagnosis yang menyeluruh untuk mengetahui sejauh mana rawatan susulan boleh diambil.
Namun, informasi yang telah diberikan hanya berdasarkan gejala yang telah anda sampaikan. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapatkan rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.