aminazmi57
4 tahun
Saringan Covid 19 selepas Di Vaksin
Salam Sejahtera ,Nama saya Amin,Umur 25,saya ingin bertanya,
Jikalau saya cucuk vaksin covid19(Astrazeneca) harini,
dan kemudian esoknya ada temujanji untuk community screening covid 19 di kawasan rumah saya.Adakah kita tidak perlu pergi membuat community screening itu? Semoga persoalan saya boleh dihuraikan,Terima Kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan kenyataan anda, anda digalakkan untuk menghadiri saringan tersebut kerana vaksin akan mengambil masa 1 hingga 2 minggu untuk menghasilkan antibodi untuk melawan virus tersebut. Sekiranya anda sudah divaksin dan perlu menghadiri program saringan, anda perlu memaklumkan kepada individu yang memeriksa anda bahawa anda telah divaksinasi dan mereka akan menentukan langkah seterusnya.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai persoalan anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini
























