Sulit
5 tahun
Saringan covid19 untuk pegawai awam yang pulang dari luar negara
Assalamualaikum doktor. Pihak jabatan telah menyuruh pegawai pergi buat saringan kesihatan. Walaubagaimanapun, sekiranya pegawai tiada simptom covid19… adakah pegawai tersebut boleh buat saringan? Dan terdapat sorang pegawai yang hanya sakit tekak (tiada demam, tiada suhu tinggi, tiada selsema, tiada sesak nafas) secara on-off sahaja… jadi, apakah saranan dan nasihat doktor?
5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini. Pihak hospital kerajaan hanya akan menjalankan ujian kepada mereka yang berisiko tinggi.
Jika tiada gejala, pihak hospital tidak akan menjalankan ujian saringan kerana kos yang tinggi dan terhad. Kiarantin diri anda selama 14 hari dan pantau gejala COVID.
Untuk mengetahui risiko anda, Anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.**
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































