
Sulit
4 tahun
Sawan datang semula setelah hampir 10bulan
selamat pagi… saya wanita berusia 25tahun… pada tahun lepas saya telah pengsan berkemungkinan sawan… setelah hampir 10bulan saya tidak terkena sawan baru2 ni sawan datang semula saya semasa saya sedang lena tidur… saya menyangkakan bahawa sawan saya telan pulih sepenuhnya… sebelum ini saya telah membuat imbasan scan doctor mengatakan bahawa tiada apa2 masalah pada imbasan scan saya…doctor juga memberikan ubat torleva 200mg … saya musykil urm persoalan saya adakah sawan ini boleh sembuh? dan apakah faktor yg boleh memyumbang kepada sawan ini? saya dah penat saya nak sihat…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, secara umum, sawan boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, antaranya:
- demam
- trauma bahagian kepala
- tahap gula dalam badan berada dalam kadar lebih rendah daripada normal
- ‘alcohol withdrawal’
- sensitif terhadap lampu yang berkelip-kelip
- Penyakit sawan ini merupakan sebuah perkara yang boleh diwarisi
Rawatan sawan bergantung kepada punca serangan berlaku. Faktor serangan sawan seharusnya disiasat dengan segera supaya tidak mendatangkan komplikasi teruk ke atas otak seperti kecacatan yang berkekalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala