
Sulit
4 tahun
Saya ada masalah kerap terkencing malam @ bocor
Hi doctors. I am 21 years old, female. Saya ada masalah dimana saya kerap terkencing pada waktu malam @ bocor. Saya tak sedar, tahu-tahu je katil dah basah. Saya malu. Apa perlu saya buat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah kerap terkencing pada waktu malam. Untuk makluman anda, masalah tidak dapat mengawal pembuangan air kecil boleh disebabkan oleh beberapa penyakit atau faktor:
- Otot pelvis yang mengawal saluran kencing lemah.
- Merupakan masalah genetik (keturunan)
- Otot pundi kencing yang terlalu aktif
- Ketidakseimbangan hormon
- Jangkitan kuman pada salur kencing
- Pundi kencing yang kecil (dari lahir)
- Stress
- Ubat-ubatan
- Masalah pengsarafan pada otot pelvis
- Diabetes (kencing terlalu kerap tidak kira waktu)
Kami sarankan anda mencuba yang beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mengawal masalah kerap terkencing malam anda :
- Elakkan meminum air sebelum tidur
- Lakukan senaman Kegel
- Elakkan minum minuman yang manis dan berkarbonat
- Elakkan minum alkohol
- Gunakan lampin khas untuk masalah kencing malam dewasa
- Elakkan jangkitan kuman dengan menjaga kebersihan pada kawasan tersebut
- Tetapkan penggera jam pada waktu malam untuk membuang air kencing dan sambung tidur.
Terdapat juga kaedah pembedahan seperti Detrusor Myomectomy dan juga penggunaan ubat seperti Desmopressin dan Imipramine. Namun, sila berjumpa dengan doktor anda untuk berbincang dengan kaedah ini bagi mendapatkan rawatan yang sesuai.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.