
Sulit
4 tahun
Saya ada masalah lendir darah kadang kadang sahaja, tak selalu terjadi
Hi doc, umur saya 23. Saya nak tanya kenapa saya kadang kadang keluar lendir darah? Saya ada minum ubat, tapi if saya tak minum air ubat tu dia takda keluar lendir darah pun, tapi bila saya minum dia keluar lendir darah tu. Dia takdalah sakit pun keluar lendir tu. Cuma sometimes bahagian perut tu memulas sikit. Punca benda ni jadi sebab saya amik air ubat tu ke doc? Saya nak kepastian saya agak risau bila benda ni jadi.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kami kurang jelas tentang ubat apa yang anda ambil sehingga lendir darah keluar. Anda diminta untuk memberi maklumat lanjut supaya rumusan dapat dibuat.
Untuk mengetahui penyebab masalah anda, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan dan maklumat tentang diri anda adalah diperlukan. Pemeriksaan dan ujian tertentu juga mungkin perlu dilakukan bagi mengesan punca masalah ini dan merawatnya. Oleh itu anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.