Sulit
4 tahun
Saya ada penyakit asma
Boleh kah saya dapat viksin covid19…saya ada penyakit asma
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, pesakit asma boleh terima suntikan vaksin Covid, dengan sebarang berhatian. Sekiranya anda perlu ambil ubat asma setiap hari, ataupun kawalan asma anda kurang memuaskan, sila mendapati nasihat dari doktor anda sebelum suntikan vaksin.
Selain itu, anda juga perlulah memberitahu doktor atau ahli kesihatan bahawa penyakit asma anda di pusat vaksin anda hadiri tersebut. Arahan dan sebarang pantang akan diberitahu kepada anda. Fungsi vaksin serta kesan sampingannya adalah sama, cuma perlu memerhatikan sekiranya alahan terjadi pada anda.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi talian CPRC di 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini
























