
Sulit
3 tahun
Saya ada penyakit Hypertirod(Tirod dalam Darah), Bolehkah saya menerima Vaksin Covid-19?
Tirod dalam darah, effect pada mata dan tidak pada leher

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang bolehkah menerima vaksin COVID jika ada masalah hipertiroid. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, vaksin COVID-19 diberikan bertujuan untuk mencegah jangkitan coronavirus yang serius terutamnya kepada mereka yang berisiko tinggi seperti mereka yang menghidap penyakit kronik.
Penyakit hipertiroid ada banyak jenis dan punca serta rawatan tertentu. Oleh itu, sebaiknya anda merujuk kepada doktor yang merawat tiroid anda untuk mengetahui status penyakit, sama ada ia terkawal, seberang kemungkinan interaksi rawatan dengan vaksin dan boleh atau tidak anda mengambil vaksin ini.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini