Sulit
2 tahun
Saya adalah minor thalasemia HBeTrait
Apakah jenis vaksin yang sesuai untuk saya?
kerana saya baca yang sesuai adalah vaksin pfizer sahaja.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Menurut kajian semasa, hanya individu yang mempunyai sejarah alahan teruk kepada ubat-ubatan tidak boleh divaksinasi. Tiada sebarang kontraindikasi untuk pesakit thalassemia untuk menerima vaksin Covid-19. Disebabkan anda mempunyai penyakit Thalassemia, anda berada dalam golongan berisiko tinggi dan harus divaksinasi secepat mungkin. Kesemua jenis vaksin Covid-19 yang terdapat di Malaysia boleh diambil oleh anda.
Namun, kami menyarankan agar anda mendapatkan kepastian daripada pakar perubatan dan memberitahu petugas kesihatan di pusat pemberian vaksin mengenai penyakit anda sebelum menerima vaksin.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi talian JKJAV di 1800-88-828 atau mendapatkan konsultasi secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini