
shahdanzizan
5 tahun
Saya adalah seorang penghantar makanan di sekitar kuala lumpur
Berumur 32 tahun melakukan pekerjaan sebagai penghantar makanan di sekitar kuala lumpur. Batuk dan kesukaran bernafas telah lama saya hidap kerana saya seorang perokok tegar.
Yang menjadi kerisauan saya adalah ketika sebelum pulang kerja tadi, saya mengalami panas badan secara mengejut tetapi surut setelah 1-2 jam (jam 0200 hrs). Kemudian telinga sebelah kanan terasa sakit hingga sekarang(jam 0810 hrs). Berdenyut dan sukar untuk membuka mulut dengan luas diikuti dengan badan saya terasa suam macam nak demam.
Adakah saya perlu ke hospital berdekatan atau tunggu sehingga besok jika demam tidak surut, saya ke hospital untuk dapatkan rawatan? Terimakasih.

5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Saya memahami kebimbangan anda. Menurut WHO, simptom-simptom yang lazim dilapor ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)- Suhu normal ialah 36.5-37.5 darjah celcius
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Masalah sakit telinga dan sukar membuka mulut bukanlah masalah COVID19.
Berdasarkan simptom yang anda alami iaitu demam, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Selain daripada jangkitan COVID-19, gejala demam boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
- Jangkitan kuman atau virus lain (influenza)
- Demam denggi
- Keradangan
- Jangkitan telinga
Anda boleh dapatkan rawatan segera jika anda merasakan gejala yang anda hadapi semakin meneruk.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.