
Sulit
5 tahun
Saya alami sakit perut yang saya tidak diketahui punca
Salam sejahtera doctor. Saya wanita berusia 24 tahun dan mengalami sakit perut ketika berlakunya perubahan cuaca iaitu cuaca sejuk termasuk waktu hujan. Saya kerap kali berasa memulas perut ini ketika hujan dan berada di tempat sejuk seperti Cameron Highland. Jadi, sepanjang berada di Cameron saya tak dapat bergembira dengan trip saya kerana masalah perut saya asyik ulang alik toilet dan memulas serta pedih. Masalah saya alami ni bermula sejak Saya di sekolah rendah lagi. Masa sekolah juga saya selalu mintak kebenaran untuk balik awal ketika cuaca terlalu sejuk. Saya berjumpa doctor haritu di klinik kesihatan. Tapi doc cuma kata perut saya sensitif, gastrik, mudah masuk angin. Tp saya makan. Sebab saya tahu kalau saya tak makan saya mudah gastrik. Tapi walaupun saya makan, saya tetap alami sakit perut ini ketika peralihan cuaca. Ianya menjadi normal apabila cuaca kembali panas.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Irritable bowel syndrome
- gastrik
- radang pankreas
- radang usus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.