
Sulit
4 tahun
Saya baru lepas menjalankan kolonoskopi tapi apabila saya buang air besar najis bercampur dengan darah. Adakah perkara tersebut normal selepas menjalankan produser tersebut. Sebab doktor ada mengambil sedikit tisu di dalam usus saya
Adakah perkara tersebut normal ataupun ada yang patut saya bimbangkan. Adakah perkara ini akan hilang dalam jangka masa yang singkat ataupun perlu merujuk hospital semula

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah najis berdarah ketika membuang air besar.
Namun, kami memerlukan informasi yang lebih terperinci mengenai najis berdarah yang anda alami kerana ia boleh terbahagi kepada dua jenis, sama ada ia najis yang mengandungi darah (najis kelihatan hitam seperti tar), ataupun pengeluaran darah merah yang segar yang melekat pada najis. Ini adalah kerana kedua-dua gejala tersebut mempunyai sebab yang berbeza.
Berikut merupakan sebab najis yang mengandungi darah ( Melena ) :
- Pendarahan pada kawasan usus separuh atas (Upper GI bleeding)
- Ulser perut
- Kanser perut
- Masalah hati
- Mallory Weiss Tear
- Masalah saluran darah pada kawasan usus
- Penghasilan tiub usus Merckel ( Merckel’s Diverticulum )
Berikut merupakan sebab-sebab berlakunya darah segar pada najis ( Hematochezia )
- Pendarahan pada usus separuh bawah (Lower GI bleeding)
- Kanser usus
- Penyakit keradangan Chron’s
- Penyakit keradangan usus seperti ulser usus ( Ulcerative Collitis )
- Buasir
- Fisur dubur ( Anal fissure )
- Polip usus (FAP)
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Terima kasih.