Kaylin

6 tahun

Saya baru lepas operation buang tiroid, adakah jika saya ambil ubat lain akan ada kesan sampingan?

hi doctor , boleh tak saya nak tanya saya baru je lepas operation buang tiroid dan saya tengah makan ubat levothyroxine sebiji pagi sebelum makan , dan dalam masa yang sama saya makan ubat hormone untuk besarkan payu dara saya . adekah akan ade side effect untuk ubat yang saya ambil ? ubat yang saya ambil ni adelah semuanya dari herba .

Dr Ramzdhan,

6 tahun

Terima kasih atas soalan anda.

Berdasarkan kenyataan saudari di atas, saya faham bahawa saudari sedang mengambil ubat untuk membesarkan payu dara. Ubat-ubat ini biasanya boleh diklasifikasikan kepada ubat herba serta ubat medikal. Penyelidikan pakar-pakar mendapati bahawa ubat-ubat herba berkemungkinan besar tidak berkesan dalam pembesaran payu dara, walaupun pihak pengilang selalunya mengesyorkan manfaat phytoestrogens yang terdapat dalam kebanyakan ubat-ubat herba ini.

Sebenarnya, ubat-ubat herba secara umumnya tidak digalakkan oleh kebanyakan doktor kerana ubat-ubat ini berinteraksi dengan banyak jenis ubat medikal. Antara ubat yang boleh terjejas ialah ubat cair darah seperti warfarin. Interaksi ini berkemungkinan besar berbahaya terhadap para pesakit.

Ubat-ubat medikal yang didapati membesarkan payu dara termasuklah ubat estrogen, ubat perancang dan sesetengah ubat kemurungan. Walau bagaimanapun, ubat-ubat ini tidak digalakkan untuk penggunaan pembesaran payu dara. Tahap estrogen yang terlalu tinggi boleh menyebabkan pembekuan darah yang amat berbahaya. Malahan, estrogen boleh merendahkan tahap levothyroxine dalam badan. Oleh itu, ubat levothyroxine yang telah diambil kurang berkesan.

Oleh sebab saya tidak pasti bahan-bahan aktif dalam ubat pembesaran payu dara yang saudari sedang ambil, saya tidak pasti kebarangkalian interaksi antara levothyroxine dan ubat ini. Anda digalakkan berbincang tentang ubat pembesaran payu dara dengan doktor anda. Sekian, harap membantu.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)