Sulit
2 tahun
Saya batuk & cirit birit kadang
Saya positif covid,tapi saya ada batuk & cirit birit kadang2.Adakah normal simptons yg saya alami?
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa anda ingin mengetahui apakah simptom jangkitan COVID-19. Kami akan cuba unntuk membantu anda.
Untuk makluman anda, simptom jangkitang COVID-19 adalah:
- demam
- batuk
- penat atau lelah
- hilang deria rasa atau bau
- sakit tekak
- sakit kepala atau pening
- cirit-birit
- ruam pada kulit atau jari dan kaki berubah warna
- mata merah atau berair
- sesak nafas
- sakit dada
Berikut merupakan senarai gejala jangkitan COVID-19. Bagi memastikan bahawa anda tidak mempunyai jangkitan, kami menyarankan agar anda membuat ujian saringan di rumah COVID-19 (home-test kit).
Kami tidak dapat memberikan diagnosis tepat tanpa sejarah kesihatan, sejarah kontak rapat atau ujian klinikal. Kami menasihati agar anda bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini