
Sulit
3 tahun
Saya berak berlendir kuning
Hello saya lelaki berumur 18 tahun saya mengalami berak cair dan berlendir kuning dan saya juga mengalami perasaan takut terhadap gejala gejala kanser usus hingga rasa saya akan kena penyakit tersebut hingga membuat saya tidak selera makan pening dan membuat saya tidak senang duduk saya juga mengalami penurunan berat badan sebanyak 2kg dan ia bermula dari hari kelmarin kerana tidak lalu makan dan rasa ingin muntah

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, najis cair berlendir ini adalah normal sekiranya gejala najis cair ini tidak melebihi 3 kali sehari.
Kalau gejala ini berlaku melebihi 3 kali sehari, anda mungkin mengalami cirit-birit akibat:
- Keracunan makanan
- Jangkitan virus seperti rotavirus
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- Alahan kepada makanan
- Radang usus
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.