
Sulit
4 tahun
Saya berumur 15 tahun dan saya telah onani selama 4tahun dari tahun 6 kagi
Saya berumur 15tahun dan saya telah onani selama 4tahun dan 4tahun adakah zakar saya akan pulih jika saya berhenti
onani

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Pertama sekali, anda baru berusia 15 tahun dan tidak seharusnya terlibat dengan perkara seperti onani atau menonton video lucah. Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan seperti maksud anda tentang adakah zakar anda akan pulih. Saya ingin menasihatkan anda agar berhenti dan menjauhi perkara seperti onani dan menonton video lucah kerana ia boleh menjejaskan kesihatan mental dan fizikal anda pada masa hadapan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.