Sulit
5 tahun
Saya berumur 18 tahun belum berkahwin, saya telah mengalami haid yang sedikit dan berwarna coklat, saya mengalami haid yang tidak teratur,ini kali pertama saya mengalami perkara seperti ini,adakah ini berbahaya
mengelakkan perkara iniSalam sejahtera doktor,saya berumur 18 tahun, saya telah mengalami haid yang sedikit dan berwarna coklat, saya juga mengalami haid yang tidak teratur, ini kali pertama saya mengalami perkara seperti ini,sejak bulan lepas saya sudah mengalami haid yang sedikit dan berwarna coklat hanya 7 hari, dan hari ini saya mengalami hal itu lagi, adakah ini berbahaya? Saya sangat risau tentang ini berlaku lagi,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk maklumat anda, spotting atau pendarahan sedikit seperti yang anda ceritakan boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Anda boleh mendapatkan alat ujian kehamilan di farmasi dan melakukan ujian di rumah dan mendapatkan nasihat lanjut untuk masalah ini. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOncall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


























