
meobhiey1996
5 tahun
Saya Cirit Birit Dan muntah
Saya wanita berusia 23 tahun. Saya sakit perut cirit birit dari awal pagi tadi Kira Kira dalam pukul 6pagi ,ulang alik Ke tandas, sekali dgn muntah. Badan terasa sangat lemah.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda tentang gejala yang anda alami, anda amat disarankan untuk segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan. Antara penyebab yang boleh mencetuskan gejala ini adalah:
- Keracunan makanan
- Jangkitan seperti rotavirus
- Alahan kepada sesetengah makanan
- Radang usus
Anda juga dinasihatkan untuk minum banyak air agar badan anda tidak mengalami dehidrasi akibat air yang keluar melalui muntah dan cirit birit.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.