
Sulit
3 tahun
Saya cuma risau jika keluarga saya mengetahui bahawa saya menggunakan dadah semula dan akan membuang saya dari keluarga
Saya seorang wanita berumur 27 tahun dan belum berkahwin… Soalan saya sejak seminggu lalu bartholin cyst saya mula membesar dan membuatkan saya mengambil dadah jenis methaphitamine untuk mengurangkan sakit… Jika saya pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan, saya akan dimasukkan ke wad dan adakah pihak kkm akan memberitahu keluarga saya tentang penggunaan dadah tersebut…
Terima kasih kerana membantu saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, kami kurang pasti sama ada ahli keluarga anda akan dihubungi oleh pihak hospital dan ini bergantung kepada kondisi anda pada masa tersebut. Kami tidak dapat memberikan kata putus mengenai persoalan ini sahaja kerana maklumat lanjut perlu diketahui.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.