Sulit
4 tahun
Saya dah dapat dose pertama 10/8/2021
Saya dah dpt dose pertama vacine AZ pada 10/8/2021… kesan biasa …mcm demam dan sakit2 bdn… dan dah tarikh dose kedua 30/8/2021… yg menjadi tanda tanya…masa berckp dgn doctor sebelum suntik 2 bln lgi baru dpt 2nd dose…dan pada kad yg KKM bagi… bln 11/10/2021…tapi kat my sejahtera dah dpt tarikh awal pulak 30/08/2021 … mana satu saya nak ikut…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, anda boleh ikuti tarikh app MySejahtera anda, iaitu 30/08/2021. Sebabnya applikasi ini sentiasa dikemas kini oleh pihak berkaitan. Anda juga akan terima pemberitahuan mesej atau telefon sehari sebelum tarikh suntikan anda.
Sekiranya sebarang terdapat perubahan, app MjSejahtera anda akan dikemas kini lagi.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi talian CPRC di 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini
























