
veerasamykalimah
5 tahun
Saya dah Khawin 8bulan belum mengandung
Saya makan ubat Folic acid

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pengambilan asid folik tidak dapat membantu meningkatkan peluang kehamilan. Asid folik diambil sebelum dan semasa kehamilan bagi membantu perkembangan janin serta membantu produksi sel darah merah bagi si ibu. Sekiranya anda mengalami kesukaran hamil, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.