
Sulit
4 tahun
Saya dah pernah ambil suntikan tetanus tapi tak pasti yang jenis mana 2 tahun dahulu, sekarang saya perlu mengambil semula suntikan tersebut di sekolah, boleh ke ambil banyak kali?
DoctorOnCall: Saya nak tanya, saya seorang pelajar. Saya berada di tingkatan 3, 15 tahun di mana semua murid tingkatan 3 digalakkan untuk mengambil suntikan tetanus sebanyak 2 dos kalau tak silap saya.
Tetapi, saya sewaktu berada di darjah 6, sewaktu saya berusia 12 tahun, saya sudah pernah menerima suntikan tetanus (tapi tak pasti jenis yang mana sebab waktu saya baca, rasanya saya dapat tahu suntikan ini ada banyak jenis) kerana kecederaan di kepala. Sewaktu itu, saya pergi ke sebuah klinik swasta untuk mendapatkan rawatan segera setelah mengalami kecederaan di kepala. Saya telah dijahit pada bahagian itu.
Doktor tersebut risau sekiranya bakteria yg menyebabkan tetanus sudah memasuki badan saya, jadi beliau telah menyuntik saya. Pertanyaan saya sekarang, boleh ke saya mengambil suntikan itu semula pada waktu ini (waktu saya berada di tingkatan 3) walaupun saya sudah pernah menerimanya 2 tahun dahulu? Dan, saya tak tahu jenis suntikan mana yang saya ambil 2 tahun dahulu dan saya juga tak tahu jenis suntikan mana yang akan diberikan kepada saya di sekolah nanti. Saya harap sangat doktor dapat membantu menjawab pertanyaan saya ini. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, vaksin tetanus terdiri daripada toksin Clostridium tetani yang telah dibuang sifat toksiknya dan bahan adjuvant yang ditambah kepada vaksin untuk meningkatkan tindak balas imun badan. Ianya vaksin yang selamat dan juga ia boleh diberikan bersama vaksin yang lain. Setelah suntikan tetanus, anda mungkin akan merasakan beberapa kesan sampingan, seperti sakit, kemerahan, atau bengkak di kawasan suntikan, demam, dan sakit kepala. Namun, kesan sampingan ini tidak selalu muncul dan boleh hilang dengan sendirinya. Walaubagaimanapun, sekiranya anda mengalami kesan sampingan yang serius (walaupun ianya jarang terjadi), saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor. Antara gejala kesan sampingan yang serius adalah seperti:
- sesak nafas
- kejang
- sembelit
- mual
- muntah
- jantung berdebar-debar
Jika anda mempunyai keraguan, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Jawapan ini hanyalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih