
Sulit
3 tahun
Saya dan pasangan berusia 32 tahun dan telah berkahwin selama 4 tahun, tetapi masih belum mempunyai anak
Saya dan pasangan berusia 32 tahun dan telah berkahwin selama 4 tahun, tetapi masih belum mempunyai anak. Patutkah saya terus berjunpa doktor atau ada langkah2 self-assessment yang boleh saya buat sebelum merujuk kepada doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu sukar untuk menimang cahaya mata. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, ketidaksuburan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara.
Punca ketidaksuburan bagi lelaki:
- masalah pembentukan sperma
- masalah hormon
- Lelaki yang telah menjalani pembedahan vasektomi
- kesan jangkitan jangkitan kelamin (STI)
Punca ketidaksuburan bagi wanita
- kekurangan ovum atau ovulasi yang tidak teratur
- masalah organ-organ pembiakan
- masalah kekurangan hormon
- parut atau sumbatan tiub fallopian
- kesan jangkitan jangkitan kelamin (STI)
- akibat endometriosis
- masalah luar sistem pembiakan seperti kelenjar tiroid, kelenjar pituitari
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.