
Sulit
4 tahun
Saya hamil dan menyusu badan
Saya wanita yang hamil dan masih menyusukan anak saya yang berumur 1 tahun 4 bulan. Hari terakhir period saya adalah pada 18 december 2020(tarikh mula datang bulan 12 dec hingga 18 dec 2020).Pada bulan ni saya tak datang period dan ambil UPT dan didapati positive.
Soalan saya :
- Berapakah usia kandungan saya? Dan bila saya perlu buat buku merah?
2.Bolehkan saya terus menyusu badan untuk anak sulung dalam keadaan saya yang sedang hamil anak kedua?
Hal ini kerana, anak sulung saya susah nak terima susu tepung
- Bagaimana cara untuk menghentikan penyusuan susu ibu ?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Jika mengikut pengiraan melalui hari haid terakhir yang anda telah berikan, secara purata anda sudah 6 minggu kehamilan. Oleh itu, saya sarankan anda untuk ke klinik untuk melakukan pemeriksaan kesihatan dan mendapatkan ubat yang diperlukan untuk tumbesaran kandungan anda dan dapatkan buku antenatal untuk menetapkan temu janji bersama doktor kerana waktu awal kehamilan adalah penting.
Untuk pengetahuan anda, menyusu sewaktu hamil adalah selamat. Jika anda ingin berhenti menyusu anda perlu berhenti menyusukan anak dan lama kelamaan susu anda akan berhenti dihasilkan. Anda juga boleh mula memulakan weaning untuk anak supaya anda dapat berhenti menyusu secara perlahan-lahan.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.