Sulit

3 tahun

Saya ibu mengandung yang negative covid. Adakah selamat untuk tinggal bersama suami selepas tamat tempoh kuarantin 10 hari

Assalamualaikum, saya ibu mengandung dan telah lengkap dua dos vaksin. Pada 19hb haritu suami dan semua ahli keluarga yang tinggal serumah dengan saya telah disahkan positive covid setelah menjalani ujian swab test pcr. Saya seorang sahaja yang disahkan negative. Selama tempoh kuarantin 10 hari ini, saya telahpun mengasingkan diri dari suami dan ahli keluarga yang lain dan alhamdulillah tiada saya sihat setakat ini tiada simptoms dan bacaan oxygen, pulse rate, suhu badan saya hari hari adalah normal. 29hb ni mereka dah habis kuarantin dan akan potong gelang pink di CAC. Soalan saya, adakah selamat untuk saya duduk berdekatan dengan mereka terutamanya suami saya… adakah selamat untuk saya duduk kembali bersama sebilik dengan suami? Dan jika boleh adakah segala pakaian, dan peralatan, langsir, cadar di dalam bilik itu perlu dibasuh dan ditukar ataupun cukup dengan hanya sanitize seluruh bilik sahaja? Lagi lagi pakaian kami, adakah perlu dibasuh semuanya atau cukup dengan hanya sanitize sahaja sebab bilik kami menggunakan open wardrobe… dan bilik itu yg digunakan oleh suami saya ketika dalam tempoh kuarantin. Dan adakah selamat jika saya mengadakan hubungan seksual bersama suami setelah tamat tempoh kuarantin 10 hari?
Mohon pencerahan… saya risau tentang keadaan dan keselamatan saya dan anak dalam kandungan. Tq :slight_smile:

Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.

Untuk makluman anda, kadar kebolehjangkitan virus Covid-19 adalah amat rendah selepas tempoh kuarantin. Oleh itu, kemungkinan untuk anda dijangkiti virus tersebut melalui kontak ahli keluarga adalah rendah. Anda boleh berdekatan dengan ahli keluarga anda tanpa risau. Selain itu, anda juga boleh mengadakan hubungan seksual bersama suami anda.

Mengenai pembersihan bilik kuarantin, sebaiknya anda mencuci pakaian, langsir dan cadar yang disentuh oleh ahli keluarga anda. Di samping itu, semua permukaan yang disentuh oleh ahli keluarga anda perlu dibersihkan dengan pembasmi kuman. Anda juga perlu mengudarakan bilik dan rumah sebelum menggunakan atau menyentuh barang-barang tersebut. Anda dinasihatkan untuk memakai pelitup muka dan sarung tangan semasa pembersihan.

Sila rujuk kepada doktor sekiranya anda memerlukan nasihat lanjut mengenai perkara ini.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Klik di sini untuk dapatkan kit ujian COVID-19 Kendiri RTK Antigen Air Liur yang lebih murah, mudah digunakan serta tidak perlu ambil sampel dari hidung atau tekak. Anda boleh lakukan ujian saringan sendiri di rumah!

juan-encalada-SCteCA0Mf1A-unsplash%20(1)

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19

Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini

Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)