
Sulit
3 tahun
Saya ingin bertanya berkenaan vaksin utk saya ambik pada hari esok
Saya berumur 21 tahun…sebulan yg lalu saya mengalami tanda2 covid… dan skrg saya sering mengalami sakit dada sejak akhir2 ini… ada ka selamat utk saya mengambil vaksin pada hari esok??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, mengikuti garis panduan vaksinasi COVID-19 terkini, sekiranya anda tidak menghidapi jangkitan COVID-19 untuk 10 hari yang lalu disah dengan hasil ujian COVID-19 negatif, serta tiada demam untuk 24 jam yang lalu tanpa mengambil ubat, anda boleh terima suntikan vaksin pada hari esok.
Sekiranya keputusan ujian COVID-19 anda adalah positif, anda tidak digalakkan untuk mengambil vaksin sehingga anda sembuh dari COVID-19 dan memenuhi kriteria yang disenaraikan di atas.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC) dengan talian 0388810200/+60178429454 atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini