
Sulit
4 tahun
Saya ingin hamil lagi
Saya dah berkahwin dan ada 3 orang anak. Umur saya 36 tahun…anak no 3 saya berumur 8 tahun. Saya bercadang ingin hamil lagi. Sebelum ni sebulan sekali saya ada makan pil postinor untuk elak dari hamil. Saya makan pil postinor lebih kurang 1 tahun. Saya nak tahu adakah saya makan sebulan sekali pil postinor tu akan beri kesan sukar hamil atau tak boleh hamil lagi? Period saya normal dan tiada masalah. Tiap bulan teratur dan tiada berlaku pendarahan. Saya harap doktor dapat beri penjelasan adakah kesan buruk jika saya makan postinor sebulan sekali iaitu 2 biji sebulan?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, pil perancangan yang anda nyatakan adalah pil perancang kecemasan, ia digunakan bila anda ingin mencegah kehamilan setelah melakukan seks tanpa perlindungan. Tiada bukti yang menyatakan pil perancang kecemasan ini akan menyebabkan kesukaran untuk hamil. Kesukaran untuk hamil boleh berlaku jika anda mengalami kesan sampingan ubat ini seperti kitaran haid yang tidak teratur.
Selain daripada haid tidak teratur, kesan sampingan yang sering muncul setelah menggunakan pil ini adalah seperti mual, muntah, perdarahan, sakit payudara, sakit kepala, pening, keletihan dan dapat berlangsung sampai dua hari.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.