
Sulit
4 tahun
Saya ingin mengetahui kitaran haid yang normal dan tidak normal
Saya remaja berumur 19 tahun. Sy mengalami kitaran haid yang berbeza setiap bulan. Contoh bulan jun 30 bulan julan 31 adakah ia kitaran haid tidak teratur? Terima kasih doc.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman anda, kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Terdapat segelintir wanita yang mengalami kitaran haid tidak teratur. Antara punca masalah ini:
- gaya hidup aktif
- berat badan berlebihan
- masalah pada struktur rahim seperti fibroid, polip
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOncall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.