
Sulit
3 tahun
Saya ingin tahu keberkesanan pill escapelle.escapelle pill pencegah kehamilan. escapelle pill pencegah kehamilan. pill pencegah kehamilan
saya wanita dalam usia 20an dan tidak berkahwin lagi. baru-baru ni saya berhubungan 3 kali dalam masa sehari bersama teman lelaki saya. jika sy ambil escapelle (pill pencegah kehamilan) selepas berhubungan 3 kali itu masih boleh dicegah atau sy masih berpeluang untuk hamil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan anda, anda berminat untuk mengetahui tentang keberkesanan pil escapelle selepas hubungan rapat dengan pasangan.
Untuk pengetahuan anda, Escapelle ialah sejenis Pil Perancang Kecemasan (ECP). Ia berkesan untuk mencegah kehamilan apabila diambil seperti yang diarahkan sehingga 72 jam (3 hari) selepas hubungan seks tanpa perlindungan. Dinasihati anda mengambil ubat di bawah pengawasan doktor. Kaedah ini boleh digunakan sekali-kala, tetapi bukan sebagai pengganti kaedah kontraseptif biasa.Kontraseptif kecemasan tidak menghalang kehamilan dalam semua keadaan. Jika terdapat ketidakpastian tentang masa persetubuhan tanpa perlindungan atau jika anda telah melakukan persetubuhan tanpa perlindungan lebih daripada 72 jam lebih awal dalam kitaran haid yang sama, pembuahan mungkin telah berlaku. Oleh itu, rawatan dengan levonorgestrel selepas perbuatan kedua persetubuhan mungkin tidak berkesan dalam mencegah kehamilan.
Walau bagaimanapun, saya masih menasihatkan anda untuk menjalani ujian UPT sekiranya didapati simtom-simtom kehamilan seperti Pendarahan ringan dan kekejangan perut, Kelesuan dan mudah rasa mengantuk, rasa berdebar-debar, Payudara membesar dan terasa sakit, Mabuk hamil dan kurang selera makan, Sensitif terhadap bau. Sila membuat janji temu untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pilihan untuk mencegah kehamilan.
Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Perancangan keluarga penting untuk kesejahteraan rumah tangga. Khidmat nasihat pakar, dapat membantu anda!