
Sulit
4 tahun
Saya kemurungan, saya rasa diri saya tidak berguna dan saya nak bunuh diri
Saya seorang penggangur berumur 21 tahun, saya seorang yang negatif sejak kecil lagi, mak abah saya anggap tidak ambil kisah tentang apa yang saya fikir. Saya amat sensitif dan cepat terasa…banyak pengalaman diejek, dihina dan saya tidak ada rasa confident. Saya banyak pendam sampai la ke hari ni tetapi sampai satu tahap saya dh tak boleh menahan sabar, saya ingin marah malah menjadi sedih dan pendam. Saya bergaduh dengan mak saya…saya terasa dengan kata2 mak yang menganggap saya hanya tahu menggunakan duit dia tidak mencari kerja jadi saya diam bila saya terdengar mak berkata begitu. Jadi mula diamkan diri dan tidak berinteraksi dengan mak, abah dan kakak saya. keesokan hari, kakak cuba bercakap tapi saya tidak menjawab kerana saya takut saya x boleh mengawal emosi. Malah saya dimarahi kerana tidak menjawab ditambah pula penghinaan yang berkata aku melawan cakap mak sedangkan aku hanya berdiam diri…dihina lagi aku penggangur dah la xde duit…lain kali pergi beli makanan sendiri. Saya terasa sakit hati dan menangis tiba2 idea ingin bunuh diri muncul kerana saya tidak berguna.lebih baik saya x wujud dalam keluarga ni kalau saya tidak berguna dan anak yang derhaka.
Apa yang patut saya buat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Pada masa ini anda mungkin tertekan dan fikiran anda sedang kusut buat masa ini. Kami sarankan anda untuk rehatkan diri anda dan tenangkan fikiran anda dahulu. Kami berharap anda tidak melakukan tindakan terburu-buru.
Berikut merupakan perkara yang anda boleh lakukan:
- Luahkan masalah anda kepada individu yang anda percaya
- Berbincang semula dengan isteri anda dan cuba selesaikan masalah yang anda sedang hadapi
- Meluangkan masa untuk berfikir sejenak
- Elakkan dari melakukan perkara yang boleh mendatangkan kecederaan dan mudarat kepada diri anda
Alternatif lain adalah anda boleh menghubungi organisasi Befrienders atau menghubungi talian bantuan 24 jam Suicide helpline 0379568145 untuk meluahkan masalah anda secara peribadi dan mereka boleh bantu anda. Anda juga boleh menghubungi kami di ( DoctorOnCall ) dan doktor kami akan membantu anda secara peribadi di atas talian. Terima kasih.