
Sulit
4 tahun
Saya kencing kadang ada darah kadang kadang xde , saya pelik tak kan kencing kotor, sebabtu nak tnya dokter
Baru nie saya kecing , ade terperasan dlm kecing saya ada darah macam lendir lendir , saya cakap dalam hati mungkin nak period tapi bila tunggu dan tunggu tak datang jugak , pastu dua tiga gati lps to hilang , pastu ada balik melalui kencing , kadang saya rasa pelik , bila saya tnya dokter dia cakap saya normal , baru semalam saya kecing ada ketulan darah dgn lendir darah melalui air kecing saya , boleh saya tahu macam mane saya nak atasi masalah saya dokter ,

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini ( DoctorOnCall untuk bercakap dengan doktor.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, antara sebab air kencing berdarah adalah:
- Jangkitan kuman dalam saluran kencing
- Masalah batu karang
- Masalah prostat bagi lelaki
- Penyakit buah pinggang
- Masalah pembekuan darah
Untuk mengetahui penyebab masalah anda, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan dan maklumat tentang diri anda adalah diperlukan. Pemeriksaan dan ujian tertentu juga mungkin perlu dilakukan bagi mengesan punca masalah ini dan merawatnya. Oleh itu anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ( DoctorOnCall untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.