
Sulit
4 tahun
Saya kencing tak lawas dan masih berbaki
saya lelaki 17 tahun.saya telah cuba batuk berdehem dan sebagainya tapi air kencing tetap berbaki.saya juga selalu beronani.adakah ini penyebabnya atau masaalah lain? bagaimana untuk merawatnya?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda menghadapi masalah kencing tidak lawas antaranya:
- Jangkitan saluran kencing (pundi kencing, uretra dan buah pinggang)
- Batu karang
- Saluran kencing tersumbat
- Jangkitan kelamin atau sexually transmitted infection seperti herpes, sifilis, trichomoniasis, klamidia atau HIV
- Masalah pada saraf pundi kencing
- Kecederaan pada pundi kencing
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.