
Sulit
4 tahun
Saya kerap kencing dan sakit tulang belakang air kencing saya lawas
Saya 19 tahun lelaki saya ade masalah kerap kencing (air kencing saya lawas) dan sakit tulang belakang dan berasa badan panas

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, kekerapan kencing seseorang dipengaruhi oleh jumlah air yang diminum dan juga faktor cuaca persekitaran. Sekiranya kekerapan bertambah seiring dengan cuaca sejuk dan pengambilan air yang banyak, ianya tidak perlu dirisaukan.
Namun kerap kencing yang disertai gejala lain seperti di bawah, perlu di ambil perhatian kerana ia boleh memberikan tanda penyakit lain:
- Sukar untuk memulakan kencing
- Air kencing bertukar warna seperti merah dan lain lain
- Sakit ketika kencing
- Kencing tersekat sekat
- Kencing yang tidak boleh tertahan
- Air kencing berbuih
Terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan masalah sakit pada tulang belakang. Bagi orang yang lebih berusia, masalah kesakitan yang meraka alami biasanya disebabkan oleh masalah pereputan tulang dan radang sendi atau otot sokongan yang lemah.
Bagi mereka yang masih muda, masalah sakit tulang belakang biasanya disebabkan oleh:
- Faktor postur tubuh yang tidak betul menyebabkan perubahan struktur tulang
- Masalah slipped disc
- Skoliosis
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.