
Sulit
4 tahun
Saya konfius mengandung ke nak period ke kencing kotor
Hi . Saya ada isu . Last bersama on 29/10 then hubby balik kem 8/11 on period untill 14/11 . 28/11 kencing jadi pedih + lendir ada satu tiny redspot. Lega dalam 2 hari lepas ambil ural. 5/6 ada lendiran macam period selama 4hari tapi tak keluar darah dan kencing rasa pedih. Ada buat upt test on 29/11 , 2/12 dan 6/12 . Semua -ve . Saya high chance preggy ke nak period ye?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Namun begitu, kami memerlukan maklumat lanjut yang lebih jelas untuk kami mengenal pasti punca sebenar masalah yang anda hadapi. Bagaimanapun, untuk makluman anda, rasa pedih ketika kencing atau dysuria dapat disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- jangkitan pada saluran kencing
- halangan pada saluran kencing
- Kerengsaan atau tindak balas kepada produk kebersihan alat sulit
- luka pada bahagian luar kemaluan
- kanser
- batu karang
Berkenaan dengan hasil ujian UPT yang negatif yang anda alami, ujian UPT boleh memberikan hasil negatif sekiranya berlaku ralat pada alat atau ujian yang dilakukan terlebih awal. Anda disarankan untuk mengulangi ujian tersebut selepas anda tidak datang haid setelah 7-14 hari. Jika ianya masih negatif, anda disyorkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan susulan.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah anda, maklumat lanjut adalah diperlukan. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.