
Sulit
4 tahun
Saya kontak rapat dan buat swab tedt
Saya ingin bertanya saya kontak rapat yang poaitif baru-baru ni saya sekeluarga melakukan swab test saya, suami dan anak lelali disah positif manakala anak perempuan negatif, kami masih di rumah lagi menanti panggilan kkm. Perlu ada penjarakan sosial dan pakai mask ke memandangkan anak perempuan saya negatif. Kalau saya masak untuk anak saya bole ke atau dia perlu membeli makanan sendiri

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Umum mengetahui bahawa saat ini seluruh dunia dilanda wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda. Untuk makluman anda, sekiranya ahli keluarga anda telah disahkan positif covid, maka mereka hendaklah mengasingkan diri sepanjang tempoh kuarantin walaupun berada di rumah. Hal ini penting bagi melindungi ahli keluarga lain yang tidak terlibat dengan jangkitan wabak ini, daripada dijangkiti.
Kuarantin di bilik bermaksud tiada percampuran rapat dengan ahli keluarga lain samada makan, bersembang bersama kecuali mampu menjaga jarak yang ditetapkan, pakai pelitup mulut dan hidung, serta tiada sentuhan. Makanan boleh disediakan tetapi tidak boleh dikongsi bersama termasuk peralatan makan dan minum seperti pinggan, sudu dan garfu adalah disyorkan untuk diasingkan khusus selama tempoh kuarantin.
Anda juga perlu mengamalkan langkah pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
- Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Anda juga boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 . Atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ). Selain daripada itu, lakukan kebersihan tangan dengan baik dan pakai topeng muka anda di khalayak ramai.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Selain itu, jika terdapat sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. ( DoctorOnCall ). Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini