
Sulit
5 tahun
Saya kurang jelas dengan simptom yang saya alami sama ada ianya berkait rapat dengan covid 19 ataupun tidak
Saya tinggal di seksyen 7 Shah Alam dan telah terdapat satu kes positif Covid 19 di sana pada hari ahad yang lalu. Saya juga selalu menaiki bas awam, LRT dan KTM untuk pergi ke universiti. Baru- baru ini saya mula batuk( tekak terasa gatal) dan berasa agak sukar untuk menarik nafas dan ada juga rasa macam semput. Adakah simptom yang saya alami ini ada kaitan dengan covid 19?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Untuk pengetahuan anda, berikut adalah simptom yang dilihat dalam pesakit yang terkena jangkitan COVID-19:
Sakit tekak
Batuk
Selsema
Demam
Sesak nafas
Sakit badan
Namun, seperti yang anda ketahui, simptom di atas adalah sangat umun serta boleh disebabkan oleh masalah lain juga. Oleh itu, bagi mmebantu dapat mendapatkan diagnosis, pihak kami akan melihat risiko anda terhadap jangkitan ini.
Oleh yang demikian, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini adalah bagi mengelakkan kesesakan di hospital
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini juga, saya ingin menekan kepentingan untuk anda tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa. Di harap dengan kerjasama dari semua pihak, wabak ini dapat dibendung sebelum ia menjadi lebih parah. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini