
Sulit
5 tahun
Saya mahu pendapat Dr yg arif dalam sakit puan
Saya sudah berkahwin Dan isteri saya baru 5 bln melahirkan anak… Dan sekarang wife pregnant lagi. Masalahnya ini kehamilan yg ke 4 Dan ketiga2 anak kami sbelum ni lahir melalui ceaser. Jarak antara anak pertama dengan kedua ialah 2thn Dan anak kedua Dan ketiga ialah setahun… Kalau ikut kiraan wife pregnant dlm antara 4-5 minggu… Mohon pandangan Dan pendapat apa yg perlu kami buat sama ada teruskan atau gugurkan(atas faktor kesan ceaser tu masih sakit)… Tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, terdapat beberapa risiko apabila jarak kandungan dan bayi yang dilahirkan secara c-section:
- Risiko rahim pecah
- Tekanan pada ibu
- pendarahan yang memerlukan pemindahan darah.
Walaubagaimanapun, risiko diatas akan dihadapi jika isteri anda ingin melahirkan kandungan secara normal dan tidak mendapat sokongan bantuan penjagaan keluarga yang mencukupi.
Untuk meminimakan risiko-risiko ini, anda disarankan mendapatkan rawatan doktor sakit puan kerana hal ini memerlukan pemerhatian yang ketat sepanjang kandungan isteri anda seperti pemantauan melalui Ultrasound untuk melihat ketebalan rahim isteri anda bagi mengelakkan komplikasi seperti rahim pecah dan pendarahan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.