
Sulit
4 tahun
Saya mahu tanya, isteri saya baru saja Selepas datang haid tapi kenapa perut terasa senak/sakit
Isteri saya baru sahaja selesai haid tetapi selepas haid badan terasa senak/sakit badan. kenapa ye ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai keluhan isteri anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, sakit/senak perut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, yang tidak terhad pada:
- Penyakit radang pelvis
- Radang apendiks
- Ovulasi/kehamilan ektopik/endometriosis - berkaitan sistem reproduktif wanita
- Penyakit radang usus
- Jangkitan saluran air kencing/buah pinggang
Sila berjumpa dengan doktor sekiranya:
- ia mengganggu rutin harian
- terdapat gejala yang membimbangkan di luar normal (sakit kepala, lemah badan, mual, muntah, dll.)
- perubahan tubuh yang dirasakan secara drastik (berat badan, bentuk tubuh, dll)
Hindari sakit perut dari mengganggu aktiviti harian anda dengan penjagaan yang betul .
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Justeru, kami nasihatkan pihak anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih