
Sulit
4 tahun
Saya mempunyai masalah ingatan ataupun masalah memori yang saya sendiri pun tak pasti dan tak tahu macam mana nak explain
Saya mengalami masalah ingatan iaitu saya tak boleh nak bezakan sama ada sesuatu perkara tu betul-betul terjadi atau cuma khayalan. Tapi saya yakin yg perkara tersebut mmg pernah terjadi cuma otak saya seolah-olah refuse untuk terima semua memori tersebut sama ada baru saja terjadi ataupun dah lama terjadi dan ianya membuatkan saya keliru. Saya juga mempunyai masalah untuk berfikir dengan betul dan waras. Kadangkala saya buat sesuatu perkara tanpa saya sedar. Saya buat sesuatu perkara tanpa berfikir terlebih dahulu dan saya tak sedar pun apa yg saya sedang buat. Lama-lama lepastu baru saya sedar. Adakah ianya ada kaitan dengan sesuatu penyakit atau ianya cuma perkara biasa saja?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan serta luahan hati anda, kami memahami kebimbangan tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Badan dan minda yang penat
- Kemurungan atau depression
- Keresahan dan kegelisahan atau anxiety
- Schizophrenia
- Masalah bipolar
- Masalah kemurungan yang kronik
Masalah kesihatan mental perlu disiasat lebih lanjut oleh doktor pakar. Namun begitu, terdapat juga beberapa perkara yang menjadi faktor seperti:
- Tekanan emosi
- Sawan
- Masalah tidur
- Masalah pada telinga
- Kesan sampingan ubat
- Ketumbuhan pada otak
Memandangkan anda mempunyai masalah mendengar bisikan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor ataupun pakar. Untuk pengetahuan anda, mendengar suara atau bisikan bila tiada orang disekeliling seseorang individu dikenali sebagai halusinasi pendengaran.
Saya sangat menasihatkan anda untuk ke klinik psikiatri atau klinik berdekatan bagi mendapatkan rawatan segera. Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan mental untuk menjalankan kaunseling jika tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.