
Sulit
3 tahun
Saya mempunyai masalah sakit perut
Hai Doc! Sy wanita berumur 16 Tahun . Sy sakit perut secara tetiba dan sampai sekarang masih lagi blm hilang . Sakit perut sy tu di bahagian ovari . Sy juga tertanya apakah penyakit sy dahulu kembali semula? Dahulu sy pernah ada penyakit ovarian cyst . Masa nak berak pun lagi sakit di bahagian perut tu . Tambah pula masa sy ingin duduk , bangun dan berjalan agak terseksa juga . Bole sy tahu ape penyakit yg sy hadapi sekarang ni ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, sakit perut disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya:
- Penyakit ulser peptik
- Sindrom iritasi usus
- Gastrik kronik
- Penyakit radang usus
- Jangkitan usus
Kembali kepada soalan anda, sista ovari boleh kembali walaupun sudah dikeluarkan.
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah gejala anda,ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut diperlukan. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Gastroenterologi.