
Sulit
4 tahun
Saya mengalami bengkak yang sakit dibahagian antara dada dan perut
saya faris jantina lelaki umur 26 tahun.sudah 3 hari saya dapat rasa sakit aoibat bengkak di bahagian bawah dada.dada tidak rasa sakit.tetapi benjolan tu bila ditekan akan terasa sakit.dan amat menganggu urusan saya seharian.berat saya sekarang 115 kg dan bengkak tersebut berada dibawah lipatan dada kerana badan besar.so sebelum ni pernah buat check up di hospital.and dokter kata itu hanya gumpalan lemak.jadi saya nak tau dengan lebih detail lagi tentang masalah ni.harap dokter dapat bantu saya dengan menjawab soalan ni

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, benjolan dicelah paha anda boleh disebabkan:
- Benjolan lemak
- Gumpalan tisu fiber
- Kelenjar bengkak
- Foliculitis - Jangkitan kulit
- Cyst/Kista
- Nanah akibat jangkitan
Berdasarkan pemeriksaan sebelum ini, doktor anda ada memaklumkan bahawa ia merupakan gumpalan lemak. Kami tidak boleh untuk mengulas lanjut berkenaan dengan keputusan tersebut kerana tidak melakukan pemeriksaan terhadapa anda. Perlu diketahui bahawa gumpma lemak ini boleh pecah atau terkena jangkitan dan menyebabkan rasa sakit. Sakit pada bahagian tersebut juga boleh disebabkan oleh masalah lain.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.