
Sulit
4 tahun
Saya mengalami bleeding
Doc saya umur 29tahun… Bru dpt tahu yang saya prgnt… Tp saya mngalami bleeding… Boleh saya tahu makanan ap yang elok time kne bleeding nie ye… Maaf saya prgnt first baby… Mohon pencerahan doc…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Puan, oleh kerana puan sedang hamil ketika ini, pihak kami amat menyarankan puan untuk membuat pemeriksaan lanjut di hospital. Pendarahan ini mungkin disebabkan oleh komplikasi kehamilan puan itu sendiri.
Namun terrdapat beberapa sebab puan mengalami pendarahan pada awal kehamilan.Antaranya ialah:
- Pendarahan implantasi: Terdapat sejumlah kecil darah yang terhasil sewaktu implantasi embrio ke dinding rahim dan ia adalah sesuatu yang normal.
- Keguguran yang terancam: Anda mungkin diberitahu bahawa anda mempunyai keguguran yang terancam jika anda mengalami pendarahan atau kekejangan di bahagian bawah abdomen.
- Kehamilan ektopik: Ini berlaku apabila telur yang telah disenyawakan tertanam di luar rahim, selalunya dalam tiub Fallopian.
Jika puan mempunyai sebarang keraguan, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.