
Sulit
3 tahun
Saya mengalami cerit birit enxiety, gestrik,gerd selama 2
Hi saya perempuan berumur 16 tahun . Seminggu ni saya mengalami cirit birit … Dan saya mempunya sakit gestrik dan
gerd enxiety tapi alhamdulillah selepas makn ubat yg doc bagi saya pulih sedikit tapi saya risau kenapa saya kerap cirit birit? Saya takut saya mempunya sakit lain. Boleh doc terng kn ? Apa penyebab cirit birit?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami anda ingin mengetahui tentang penyebab cirit-birit.
Kami akan cuba membantu.
Kebiasaannya,isu ini adalah tidak berbahaya dan juga normal.
Kebiasaannya cirit birit ini akan pulih dalam beberapa hari…
Cirit birit ini apabila biasa berpunca kerana penghadaman makanan yang tidak betul.
Gelisah dan takut boleh memberikan kesan fizikal ini juga
Malah pengambilan kafein serta makanan pedas merupakan faktor biasa seseorang cirit-birit.
Namun demikian anda juga ingin perlu tahu simptom simptom penting agar dapat ke doktor segara jikalau dihadapinya.
- Mengalami cirit dengan najis cair lebih daripada enam kali dalam jangka masa 24 jam
- Cirit-birit yang berlangsung lebih daripada dua hari
- Cirit-birit disertai dengan muntah yang kerap
- Cirit-birit disertai demam 102 darjah Fahrenheit atau lebih tinggi
- Mengalami tanda-tanda dehidrasi
- Kesakitan yang teruk dan tidak tertahan di perut atau rektum
- Najis berdarah atau berwarna hitam dan berlumuran atau mengandungi nanah
Anda juga boleh bercakap dengan doktor kami di atas talian untuk nasihat lanjut.
Kami harap jawapan kami membantu.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.