
Sulit
4 tahun
Saya mengalami gastric,gerd
Saya lelaki berumur 26 Dan saya mengalami gerd,tpi saya sentiasa mengalami tekak berkahak dan kemerahan,kdg2 gatal,dan simpton seperti batuk,sesak nafas dah tiada…adakah sakit tekak Dan berkahak reflux gerd?..

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami sakit tekak, seperti:
- Radang tonsil (tonsilitis)
- Radang tekak (laryngopharyngitis)
- Karang atau batu di dalam tonsil
- Radang kelenjar air liur
- Jangkitan telinga
Untuk pengetahuan anda, gastroesophageal reflux disease atau GERD adalah penyakit di mana seseorang mengalami masalah pedih ulu hati disebabkan asid perut naik ke esofagus.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda.Disebabkan anda pernah mengalami gejala seperti batuk dan sesak nafas, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda kerana kami bimbang ia berpunca dari masalah yang lebih serius.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.