
Sulit
3 tahun
Saya mengalami masalah ganguaan mental
Saya seorang lelaki berumur 23 tahun, sejak kebelakangan ini saya sering mempunyai masalah gangguan emosi, keresahan, fikiran bercelaru dan kadangkala saya terlampau cemas hingga menyebabkan badan saya menggigil dan sakit dada. Apakah tindakan pantas untuk saya lakukan bagi menangani masalah ini

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak cik. Namun jangan khuatir kerana anda tidak bersendirian dalam hal ini. Untuk makluman anda. gejala ketidakstabilan emosi, keresahan, cemas dan fikiran bercelaru merupakan salah satu dari gejala gangguan emosi yang sangat memerlukan bantuan dari ahli keluarga dan tenaga pakar (perubatan).
Anda memerlukan bantuan mengenai masalah peribadi? Doktor pakar psikiatri kami sedia membantu.
Namun perlu difahamkan ia juga boleh dikaitkan dengan kondisi seperti:
- gangguan kemurungan atau depresi
- gangguan cemas menyeluruh (baca: generalized anxiety disorder)
- gangguan tekanan selepas trauma (baca: post traumatic stress disorder)
- gangguan penyesuaian diri terhadap situasi atau keadaan yang baru
- gangguan mental organik yang disertai gejala kelainan tubuh yang lain
Buat masa ini, anda haruslah berbincang dengan ahli keluarga atau kawan terdekat sebagai sokongan emosi. Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan psikologi untuk menjalankan kaunseling jika tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Kami nasihatkan anda untuk tidak berasa rendah diri dan pendam perasaan runsing anda kerana ia hanya akan menambahterukkan lagi keadaan anda.
Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.