
Sulit
4 tahun
Saya mengalami masalah gementar yang saya rasa seperti tanda awal kepada anxiety tapi saya tidak pasti. adakah saya perlu berjumpa doktor dan membuat rawatan lanjut
saya berumur 19 tahun sejak 2 tahun lepas saya selalu gementar tanpa sebab pada masa tertentu. tangan saya gementar dan saya ketap gigi tanpa sedar. saya sukar untuk bernafas dan sukar untuk fokus. dan saya selalu sakit kepala. saya ambil masa yang lama untuk tenangkan diri. hal ini membuatkan kerja saya tertangguh.adakah ini anxiety? perlukan saya dapatkan rawatan lanjut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda hadapi. Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah seperti yang dinyatakan di dalam ruangan soalan:
- Hipoglisemia (kurang gula di dalam badan)
- Anemia (kurang darah merah)
- Hipertiroid
- Masalah psikologi: Stres atau tekanan emosi, keresahan (anxiety), kemurungan (depression)
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am mengenai masalah yang dihadapi oleh anda. Pemeriksaan lanjut oleh doktor haruslah dibuat supaya diagnosis boleh dicapai dan rawatan atau bantuan dapat diberikan kepada anda.
Anda juga boleh mencuba beberapa perkara di bawah:
- Melakukan teknik pernafasan yang betul
- Menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang mendatangkan gejala kepada anda
- Mengamalkan gaya hidup sihat
- Mendapatkan rehat yang cukup
Untuk menjawab persoalan anda, anda perlu berjumpa dengan doktor atau ahli psikologi terlebih dahulu untuk diperiksa sebelum rawatan dapat diberi kerana ia mungkin berpunca daripada masalah mental atau psikologi ataupun daripada masalah perubatan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan mengenai masalah yang anda hadapi daripada doktor kami. Terima kasih.